Tunjuk perasaan di DUN Pulau Pinang | |||
|
Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu. Laungan "pengecut" dan "Allahu Akbar" bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan. DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.
Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.
Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!"
Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Arifin, yang juga wakil penduduk Kampung Genting Azian Ariffin, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.
"Saya tidak dibenarkan bertemu Guan Eng sebaliknya hanya diminta menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politiknya, Ng Wei Aik," katanya. Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya. Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi. Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.
Dakwanya, semua pemilik tanah sepakat tidak mahu menyerahkan tanah mereka kerana tindakan kerajaan negeri tidak telus dan tiada perbincangan diadakan dengan mereka.
Antara mereka dibenarkan masuk adalah Azian dan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu, Shahabuddin Ahmad, untuk menyerahkan memorandum berhubung pengambil-alihan tahah di Balik pulau.
Rezal Huzairi Md Zaki dan setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy- Satees Muniandy, berjumpa dengan Norman, tetapi mereka tidak mahu menerima wang berkenaan yang diisi di dalam sebuah beg plastik. Menurul Rezal dan Satees, wang itu sepatutnya dikira dan mesti dikepilkan bersama senarai individu yang memulangkannya. Norman yang tidak berpuas hati hampir bergaduh dengan Satees tetapi dileraikan. Ramasamy, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata beliau akan berbincang denga nSatees dan menyarankannya membuat laporan polis berhubung keganasan berkenaan.