Saturday, November 17, 2007

Outrider Gelombang Kuning

Tanggal 10 November, ramai yang hadir bagi menyatakan sokongan kepada perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH sebuah badan NGO yang diwujudkan bagi memasyikan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Seawal pagi aku telah bersedia bagi menyertai perhimpunan tersebut. Namun selepas melalui beberapa jalan dan melepasi beberapa sekatan jalan raya aku merasakan bantuan untuk "outrider" mungkin penting kepada pimpinan parti. Aku telah memustuskan bersama saudara ku Saiful Anwar atau lebih aku kenali sebagai Boy untuk turun dan memberi bantuan sebagai 'Outrider"

Sunday, September 16, 2007

5 pemimpin Angkatan Muda ditahan di Tasek Gelugor

Oleh Zulkifli Mohamed
TASEK GELUGOR: April 16, 2006, Lima pemimpin Angkatan Muda Keadilan, termasuk Timbalan Ketua Penerangannya Badrul Hisham Saharin ditahan polis pagi ini, kerana menyertai perhimpunan aman dan mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak di Kompleks Tasek Gelugor, di sini, Ahad.

Empat yang lain ialah Exco Angkatan Muda Pusat, Rezal Huzairi Md Zaki, Ketua Penerangan Angkatan Muda Pulau Pinang, Amir Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh dan Setiausaha Angkatan Muda Kepala Batas, Latif Abdullah.Kesemua mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi dan dibawa dengan sebuah trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Butterworth.Selepas 5 minit perhimpunan berlangsung, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Supritendan Sukri Awang terus meluru kepada para penunjuk perasaan dan mengarahkan perhimpunan bersurai dalam masa lima minit. Ketika itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Kedah, Khairul Anuar Ramli baru hendak memulakan ucapannya.“Perhimpunan ini kena diberhentikan kerana telah banyak kali menyusahkan pihak polis,” katanya ketika berlangsung rundingannya dengan Ketua Penerangan Keadilan Pulau Pinang, Johari Kassim.Tasek Gelugor menjadi lokasi ke-10 dalam siri demontarasi aman di sebelah utara.Arahan beliau dipatuhi, setelah mereka diarahkan meninggalkan kawasan tepi jalan raya yang menjadi lokasi perhimpunan.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan para penunjuk perasaan berkumpul di perkarangan Kompleks berkenaan untuk satu sidang media oleh pemimpin Angkatan Muda .Ketika berlangsung kira-kira 10 minit sidang media oleh Badrul Hisyam, Sukri sekali lagi polis meluru dan mengarahkan para pemimpin Angkatan Muda ditahan, termasuk Latif dan Amir yang sedang memegang satu-satunya sepanduk pada hari itu yang tertera: ‘Pak Lah! kami orang kampung, tak kaya, barang naik lagi kedana la kami. Pak Lah tak sayang kami ka?”Rezal Huzairi dan Sabri pula ditahan ketika mengedarkan risalah kenaikan harga minyak kepada orang ramai, termasuk kepada anggota polis.

Seorang pemuda yang mempunyai ‘masalah mental’ hampir ditahan polis, kerana mengetuai orang ramai melaungkan ‘reformasi’ ketika trak yang membawa tahanan aktivis Angkatan Muda mula bergerak.Kad pengenalannya turut diperiksa polis, bagaimanapun dia dibebaskan setelah pihak polis mengetahui hal sebenarnya.
Perhimpunan pada pagi itu dihadiri kira-kira 100 orang.Lima trak polis dan sebuah water canon bersiap sedia di Balai Polis Tasek Gelugor. Sementara sekatan jalan raya diadakan dari kedua-dua arah Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Ketika berita ini ditulis (1.00 tengah hari), kesemua mereka belum diambil sebarang keterangan. “Belum ada sebarang keterangan diambil,” jelas salah seorang tahanan, Amir Ghazali ketika dihubungi di Ibu Pejabat Polis berkenaan. Semalam (Sabtu), kira-kira 3 petang, sepasukan FRU dan sebuah ‘water canon’ yang bersedia di Dewan Millenium Kepala Batas, pulang hampa setelah tiada sebarang perhimpunan aman di sana. Sebelum itu, telah tersebar maklumat palsu tersebut melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh pihak-pihak tertentu. Ketika ini, para pemimpin Barisan Alternatif (BA) sedang berkumpul di Ibu Pejabat Polis berkenaan untuk memberikan sokongan moral kepada para tahanan.