Thursday, October 23, 2008

Sunday, January 6, 2008

Aktivis KeADILan/reformasi meninggal

30 Disember 2007 :AKTIVIS tersohor parti KeADILan dan pergerakan reformasi, Kapten (B) Md Zaki Abdul Rasid atau lebih dikenali dengan nama ‘Pak Lang’ meninggal dunia pada usia 62 tahun akibat barah. Beliau menghembuskan nafas terkahir pada jam 4.22 pagi tadi di rumahnya di Teras Jernang, Bangi, Selangor.

Semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika itu. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor pada hari ini di Tanah Perkuburan Islam Teras Jernang, bersebelah kubur seorang lagi aktivis reformasi, Omar Tan.

Zaki meninggalkan dua orang isteri, Rehan Ibrahim, 57 dan Zuraidah Yusoff, 52. Rehan adalah adik kepada Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim. Zaki meninggalkan dua anak lelaki dan tiga perempuan hasil perkongsian hidup dengan Rehan.

Allahyarham mula dimasukkan ke hospital sejak barah Prostate dikesan pada September 2006. Walau pun pembedahan untuk membuang kelenjar Prostate dilakukan pertengahan tahun lalu, itu tidak dapat mengelak dari barah merebak ke tulang.

Pada 28 Disember lepas, keadaan Zaki semakin kritikal dan dimasukkan ke HUKM dan sejak itu keadaan kesihatannya semakin merosot, dan ahli keluarga memutuskan untuk membawa pulang ke rumah. Ketika hayatnya Zaki menjawat Ketua KeADILan Bahagian Nibong Tebal sebelum melepaskan jawatan pada 2002 untuk aktif di KeADILan Sepang.

Beliau juga aktif dalam gerakan reformasi dan salah seorang yang melancarkan mogok lapar pada tahun 2001 membantah penahanan aktivis reformasi dan KeADILan di bawah ISA.

Menantunya, Badrul Hisham Shaharin memberitahu bahawa Zaki seorang adalah seorang yang mempunyai perwatakan tegas dan semangat juang yang tinggi. “Abah bukan saja pejuang di medan politik, tetapi semangatnya sentiasa tinggi melawan dan melawan barah hingga ke saat akhir,” kata Badrul kepada Suara Keadilan.

“Malah raut wajah beliau tetap tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku walau pun apabila disahkan mengidap barah,” tambahnya yang juga dikenali dengan Chegu Bard.

Badrul mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada teman, jiran, rakan seperjuangan dan khususnya kepada aktivis reformasi yang sentiasa menziarah dan memberi sokongan moral kepada Allahyarham sejak dihidapi penyakit sehinggalah ke urusan pengkebumian.

Pengkebumian selepas solat zohor hari ini

Pentunjuk Ke Rumah Allahyarham
1.Guna Lebuhraya Plus ke arah selatan
2.Masuk exit Tol Bangi,
3.Terus hingga jumpa bulatan.
4.Di Bulatan belok Kanan (atau pukul 3)
5.Jalan terus hingga jumpa simpang 3 (ada masjid kuning)
6.Cari jalan Rahmat selepas masjid (jalan berkenaan di sebelah kanan)
7.Selepas torowong di Jalan Rahmat belok Kanan (Lorong Rahmat)
8.Di Lorong Rahmat cari Persiaran Rahmat (di sebelah kanan)
9.Masuk jalan berkenaan hingga ke hujung jalan.

Pentunjuk Ke Tanah Perkuburan
1.Guna Lebuhraya Plus ke arah selatan
2.Masuk exit Tol Bangi,
3.Terus hingga jumpa bulatan.
4.Di Bulatan belok Kanan (atau pukul 3)
5.Jalan terus hingga jumpa simpang 3 (ada masjid kuning)
6.Belok kiri di simpang berkenaan
7.Jalan terus hingga jumpa jalan besar
8.Belok kanan ke jalan besar
9.50-100 meter selepas itu masuk jalan ‘gravel’ di sebelah kanan
10.Masuk terus ke dalam menyusur tepi sungai.
11.Perkuburan di bahagian kiri

Suara Keadilan Online
syafiq @ December 30, 2007

Aktivis Reformasi agak kritikal dimasukkan ke hospital

Kuala Lumpur 27 Disember —Seorang aktivis Reformasi yang bergiat aktif era Gelombang Reformasi tahun 1998 , Kaptan (bersara) Md. Zaki Abdul Rasid (Lebih dikenali ramai sebagai Pak Lang) , 62 tahun telah dimasukkan ke Hospital HUKM akibat sakit kanser postrate dan kanser tulang.

Beliau dimasukkan semalam ke Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan, Institut Kanser Makna HUKM dan keadaannya agak kritikal semasa laporan ini dibuat.

Beliau ditemani oleh isteri beliau Rehan Bte Ibrahim yang juga merupakan adinda kepada Dato Sri Anwar Ibrahim.

Beberapa orang kenalan telah menziarah beliau di hospital termasuk Tian Chua , Ketua Penerangan keADILan.

Suara Keadilan Online

Pak Lang Pulang ke Ramhmatullah

30 Disember 2007 : Saya dimaklumkan bahawa aktivis KeADILan yang juga adik ipar saya, Kapten (B) Zaki Abdul Rashid atau dikenali sebagai Pak Lang Zaki telah kembali ke Rahmatullah jam 4.30 pagi tadi.

Pastinya pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat perjuangan reformasi dan KeADILan khususnya.

Saya mendoakan dari Jakarta agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Al Fatihah…

ANWAR IBRAHIM