Wednesday, November 3, 2010

Tunjuk perasaan di DUN Pulau Pinang

Tunjuk perasaan di DUN Pulau Pinang
Susan Loone
Nov 2, 10
11:09am
Sekumpulan kira-kira 100 orang yang mewakili peniaga di Komtar dan ahli Parti Cinta Malaysia mengadakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pagi ini.
Antara isu yang dibantah itu termasuk kenaikan tarif air, isu pengambilan tanah di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti swasta, serta ahli Dewan Perniagaan Komtar (KMA), yang tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Penunjuk perasaan juga menuntut untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi dihalang oleh dua pagar yang berkunci di luar bangunan itu. Laungan "pengecut" dan "Allahu Akbar" bergema sambil penunjuk perasaan menggoncang pagar berkenaan. DUN Pulau Pinang mula bersidang semalam.

Seorang daripada penunjuk perasaan merantaikan dirinya di pintu pagar sambil diberi tepukan gemuruh oleh rakan-rakannya yang lain.

Tidak kurang juga yang membawa sepanduk dan kain rentang yang mencaci kerajaan Pakatan rakyat.

Antaranya berbunyi "Kami tidak rela tanah kami dijadikan 'business' kerajaan negeri" dan Jangan perbodohkan orang kampung. Kami ada maruah!"

Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Arifin, yang juga wakil penduduk Kampung Genting Azian Ariffin, mendakwa kumpulannya ingin berjumpa dengan Lim secara baik.

"Saya tidak dibenarkan bertemu Guan Eng sebaliknya hanya diminta menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politiknya, Ng Wei Aik," katanya. Katanya, tujuan mereka ke mari hari ini adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan secara peribadi kepada ketua menteri dan bukannya melalui wakilnya. Azian berkata 29 lot tanah yang dimiliki oleh masyarakat Melayu dan 12 lot yang dimiliki oleh masyarakat Cina telah diambilalih bagi pembinaan sebuah institusi pendidikan tinggi. Namun, dakwanya, tidak ada pemilik tanah yang berhasrat untuk berpindah kerana tanah kepunyaan mereka itu adalah sebahagian daripada warisan mereka.

Dakwanya, semua pemilik tanah sepakat tidak mahu menyerahkan tanah mereka kerana tindakan kerajaan negeri tidak telus dan tiada perbincangan diadakan dengan mereka.

Kemelut tercetus apabila kerajaan negeri cuba mengambil alih tanah seluas kira-kira 80 hektar pada nilai RM100 juta bagi membangunkan hab kecemerlangan pendidikan. Pada Januari lalu, Lim menerangkan bahawa keutamaan adalah bagi Pulau Pinang dibangunkan sebagai "ekonomi yang berasaskan teknologi tinggi, kreatif dan pengetahuan inovatif". Katanya, projek berkenaan akan menarik minat penubuhan sekolah antarabangsa, cawangan kampus universiti, koleh berasakan perkhidmatan dan juga pusat sains. Kerja-kerja dijadualkan bermula dalam setahun dua ini. Namun, projek itu mendapat bantahan daripada Umno Pulau Pinang dengan asas bahawa satu daripada cawangan kampus adalah daripada sebuiah universiti di Singapura, tanah milik Melayu yang terlibat dan bayaran pampasan adalah rendah.
Selepas setengah jam, beberapa perwakilan dibenarkan masuk ke bangunan itu bagi berjumpa dengan Lim. Polis kemudiannya memberikan amaran kepada penunjuk perasaan supaya bersurai. Seorang daripada mereka, Ariff Ibrahim dari Balik Pulau, enggan mematuhi arahan itu dan menjerit "kami akan pertahankan tanah Melayu!". Dia kemudiannya ditahan dan dibawa ke sebuah balai polis.

Antara mereka dibenarkan masuk adalah Azian dan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu, Shahabuddin Ahmad, untuk menyerahkan memorandum berhubung pengambil-alihan tahah di Balik pulau.

Mereka diikuti oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Dhalan, yang bercadang menyerahkan wang RM100 yang diberikan kepada warga emas oleh kerajaan Pualau Pinang kerana didakwa daripada sumber perjudian, meskipun telah dinafikan. Norman berkata wang itu dikutip daripada 600 orang yang berjumlah RM23,700. Namun, dia tidak pasti jumlah wang yang dicadang untuk dipulangkan itu. "Ia hanya diserahkan kepada saya oleh Umno supaya dipulangkan kepada kerajaan negeri. Saya tidak pasti jumlahnya," katanya.


Rezal Huzairi Md Zaki dan setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy- Satees Muniandy, berjumpa dengan Norman, tetapi mereka tidak mahu menerima wang berkenaan yang diisi di dalam sebuah beg plastik. Menurul Rezal dan Satees, wang itu sepatutnya dikira dan mesti dikepilkan bersama senarai individu yang memulangkannya. Norman yang tidak berpuas hati hampir bergaduh dengan Satees tetapi dileraikan. Ramasamy, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata beliau akan berbincang denga nSatees dan menyarankannya membuat laporan polis berhubung keganasan berkenaan.

100 stage noisy protest outside assembly gate

Himanshu Bhatt
thesundaily.com

GEORGE TOWN (Nov 2, 2010): The state assembly was marred by a rowdy protest today that saw its gate violently shaken by the protesters.

The state government accused instigators of staging the incident to distract attention from the budget being tabled in the assembly.

About 100 people had gathered outside the assembly building by 10.30am, complaining of price increases, loss of trading opportunities, and of being victims of land seizures.

The protest ended more than an hour later when four men, who claimed to represent residents of Kampung Genting in Balik Pulau affected by land acquisition for an education hub, were allowed in to hand over a memorandum to Ng Wei Aik, the political secretary to Chief Minister Lim Guan Eng.

State Umno youth chief Norman Zahalan also turned up with a plastic bag full of cash which, he said, amounted to RM23,700 returned by elderly citizens who had collected money under the state government's Senior Citizens Appreciation Scheme.

He insisted that Lim or state executive councillor Abdul Malik Abul Kassim personally come out and take the money.

Norman claimed the scheme had used donations from the Penang Turf Club, which were "haram".

Assembly officials told him the state government had clarified that money from the Turf Club was kept in a different account and not channelled to Muslims.

Rezal Huzairi, a special assistant to Deputy Chief Minister (I) Mansor Othman, and Satees Muniandy, assistant to Deputy Chief Minister (II) Prof Dr P. Ramasamy, explained that the government could not collect the money without proper documentation and a name list of those had returned the cash.

Norman said he did not have a name list as the senior citizens had come to his Umno centre and left their money in a box provided.

Speaker Datuk Abdul Halim Husin expressed regret over the manner the protest was held. He said he had written to Penang Chief Police Officer Datuk Ayub Yaakob to ensure security is provided when the assembly reconvenes on Monday, after the Deepavali break, and at all times in the future.

"This is not the first time that we have had such a protest," he said, referring to a demonstration outside the state assembly in May. On Nov 30 last year, Chief Minister Lim Guan Eng's picture was burned in another demonstration outside the assembly.

"We are worried that if help from the police does not come in time, the fencing can collapse and people force their way into the assembly.

"If the protest is peaceful, that's fine. If they have any discontentment, they can always channel them through their assemblymen."

Lim said the protest was timed to divert attention from the budget he was tabling in the assembly.

"This budget is tailored to dignify the rakyat with sustainable development measure, so they tried to sabotage it by disturbing the assembly while it was being tabled," he said.

Hasrat serah 'wang judi' tidak kesampaian


Norman Zahalan menunjukkan 'wang judi' yang dipulangkan oleh warga emas dan fakir miskin di pekarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 2 Nov. - Hasrat Pemuda UMNO mahu menyerahkan kembali 'wang judi' kerajaan negeri yang diberikan kepada fakir miskin sempena Ramadan lalu, tidak kesampaian kerana pelbagai kerenah ditetapkan untuk tujuan itu.

Ketuanya, Norman Zahalan berkata, selain tiada wakil kerajaan negeri yang mahu menerima wang tersebut, mereka juga diminta menyerahkan wang tersebut kepada pejabat-pejabat daerah yang terlibat.

"Kami juga diminta mengisi borang tertentu bagi memudahkan proses penyerahan itu pada masa akan datang," katanya selepas berjumpa dengan wakil kerajaan negeri di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurutnya, RM30,000 telah diserahkan oleh warga emas dan fakir miskin kepada UMNO negeri kerana mereka tidak mahu menerima sumbangan yang datang daripada sumber judi.

Terdahulu, suasana semasa proses hendak memulangkan wang tersebut juga tegang apabila 'sesi rundingan' antara Norman dengan dua wakil kerajaan DAP Pulau Pinang berlaku pertengkaran.

Dua wakil kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlibat masing-masing merupakan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri (TKM) I, Datuk Mansor Othman dan TKM II, P. Ramasamy iaitu Rezal Huzairi dan M. Satees.

Malah, Norman turut mengalami kesukaran memasuki kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lebuh Light di sini.

Namun setelah meminta beberapa kali kepada wakil kerajaan DAP Pulau Pinang, beliau akhirnya dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menyerahkan wang yang dipulangkan warga emas dan fakir miskin itu tidak dihiraukan kerana didakwa tidak mengikut prosedur yang betul.

Norman menyifatkan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering melaungkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), sebagai tidak bertanggungjawab.

"Saya hanya pemegang amanah kepada duit ini, jadi hari ini saya mewakili mereka mahu memulangkannya kepada kerajaan negeri, tetapi mereka tak nak terima pula.

"Sebelum ini mereka selalu sangat tanya bila kita nak serahkan duit ini tetapi apabila kita hendak beri balik, mereka tak mahu pula, macam-macam pula kerenah mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau bercadang meminta wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyerahkan wang tersebut kepada kerajaan DAP Pulau Pinang apabila DUN bersidang semula minggu depan.