Wednesday, October 30, 2013

Ucapan Penangguhan Mesyuarat Penuh MPSP ke 472


30 Oktober 2013

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Salam Reformasi! 

Alhamdulillah, besyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNYA dapat kita berkumpul di dalam dewan yang mulia ini .Yang saya muliakan, Tuan Yang DiPertua MPSP, Tuan Setiausaha, rakan-rakan ahli majlis, ketua-ketua jabatan serta turut diraikan wakil-wakil media yang hadir pada hari ini.

Sebelum saya membuat ucapan penanguhan terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Dipertua MPSP serta seluruh ketua-ketua jabatan dan kakitangan MPSP diatas penerimaan Sijil OHSAS 18001:2007 yang menitik beratkan tentang keselamatan dan kesihatan pekerja.

Tuan Yang DiPertua, 

Dalam dunia yang serba canggih ini kita melalui pelbagai cara untuk menerima aduan. MPSP juga tidak ketinggalan dalam mengikuti perubahan masa. Inisiatif masyarakat dalam memastikan hasrat Kerajaan Negeri selari dengan pendekatan “Penang Hijau dan Bersih” disambut dengan kewujudan melalui media social Facebook yang dinamakan MPSP Watch pada Julai 2011 . Terima Kasih kepada Sdr Bernard Chan yang memulakan langkah yang baik ini.

Pada peringkat awal MPSP Watch ini adalah satu media yang mana mengenegahkan permasalahan yang timbul akibat ketidakpuasan hati masyarakat dalam isu kebersihan dimana sistem pembersihan dan penyelenggaraan yang kurang memuaskan diutarakan melalui media social.

Disini saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Dipertua MPSP kerana melihat MPSP Watch ini adalah sebagai rakan MPSP dalam memastikan Kebersihan dapat dikecapi bersama. Maklum balas daripada aduan-aduan yang diterima diterjemahkan dalam tindakan yang pantas bagi membersih dan menyelesaikan masalah-masalah yang diketengahkan.

 Bermula dari 70 aduan yang diterima dalam 2011 seterusnya 680 aduan pada 2012 dan 1,426 setakat September 2013 menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam aspek aduan yang diterima. Penigkatan rakan MPSP Watch juga meningkat yang mana hari ini menjadi 8,126.

Penigkatan dari segi aduan yang diterima dari 2012 meningkat kepada 109 % dalam tempoh Sembilan bulan. Ini adalah kerana masyarakat inginkan persekitaran yang “Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat”. Peningkatan dari segi rakan MPSP Watch akan terus meningkat kerana masyarakat akan melihat ini adalah satu media untuk menyalurkan aduan mereka kepada pihak MPSP dengan cara yang cepat. Ada juga pihak-pihak yang telah mengambil kesempatan menggunakan ruang media social ini untuk memburuk-burukan Imej MPSP.

Tuan Yang Dipertua,

Dalam kejayaan MPSP menyelesaikan aduan-aduan yang diterima, kita akan terus dihujani dengan pelbagai aduan kerana mengikut kajian pelanggan dan sesi dialog yang diadakan pada 6 Julai 2013 menunjukkan “Perkhidmatan Kebersihan” mencapai tahap keutamaan yang paling  tinggi ia itu 41%  masyarakat Seberang Perai berikan ini adalah disebabkan mereka mahukan suasana yang bersih. Disini saya ingin mecadangkan supaya MPSP mengambil pendekatan awal dengan mengketegori aduan yang diterima dari MPSP Watch atau Sistem Pemantauan Pintar (Smart Monitoring System) ini seperti berikut :

i)             Mengikut Daerah SPU, SPT dan SPS
ii)           Mengikut Kawasan Parlimen dan DUN
iii)          Mengikut Kawasan Kampung dan taman

Seperti jawapan yang diberikan pada bulan yang lalu daripada laporan kategori aduan diagihkan kepada pembersihan, penguatkuasaan dan penyelenggaraan . Ianya perlu lagi kita perhalusi bagi kita mengenalpasti Daerah mana dan kawasan mana yang sering MPSP mendapat aduan. Kita perlu melihat cara penyelesaian terbaik untuk memastikan kita terus menjadi satu Pihak Berkuasa Tempatan yang mengutamakan kebersihan.

Daripada aduan yang kita terima ini sekiranya dikategorikan maka pemantauan dapat dibuat bagi memperbaiki sistem pengurusan dikawasan tersebut. Kita tidak mahu kawasan-kawasan yang mendapat aduan tertinggi terus dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya kita dapat mengetahui kawasan mana yang terlibat maka penambah baikan dari sistem pengurusan dapat kita kenal pasti seterusnya mengelak dari masalah tersebut ditimbulkan melalui aduan.

Ada juga aduan-aduan yang berulang dimana kita perlu mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Terdapat juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melihat tindakan pantas MPSP dalam menyelesaikan isu aduan daripada MPSP Watch mengambil kesempatan dengan meninggalkan sampah sarap dan berharap agar ada pihak yang membuat aduan seterusnya membersihkan sampah tersebut.

Melalui aduan yang diterima ada juga kerja pembersihan yang dijalankan oleh MPSP ataupun kontraktor yang meninggalkan sampah sehingga dua tiga hari akhirnya pihak MPSP juga terpaksa membuat pembersihan. Jesteru itu saya sekali lagi berharap agar MPSP dapat membuat pengketegorian kawasan dari aduan yang diterima melalui MPSP Watch.

MPSP tidak seharusnya bertindak membuat pembersihan hanya selepas menerima aduan. Sebaliknya MPSP perlu menjadi satu Pihak Berkuasa Tempatan yang memastikan Seberang Perai terus ““Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat”.

Sekian terima kasih.

REZAL HUZAIRI MD ZAKI

Ahli Majlis MPSP

No comments: